Followers

Saturday, July 13, 2013

Einz

Bismillah...

14/07/2013

+________________+

aku cuba untuk berhenti menulis tapi entah kenapa jari jemari dengan rakusnya menekan tetikus ini sehingga tercipta satu laman baru untuk aku.

'New Chapter'

mulai harinie aku niatkan apa saja yang aku tulis dilaman ini nanti semuanya kerana Allah s.w.t.

kenapa tajuk nie?

hidup nie macam satu buku. setiap hari hari kita akan belek halaman baru lagi lagi dan lagi. halaman-halaman ini menjadi suatu cerita kisah perjalanan hidup kita. uniknya ia tidak ditulis dengan pena berdakwat itu. jadi harinie aku start satu chapter yang baru.

aku rasa apa yang lepas aku dah tamatkan dengan baik. alhamdulillah hati ini tersenyum tenang. aku lepaskan apa yang bersarang di hati dan biarkan ia terkunci kerana hati ini takkan tercemar.

"andai dia jodoh terbaik untuk ku, dekatkan aku pada nya. seandainya tidak yaAllah, kurniakan lah kami berdua jodoh yang lebih baik."

fullstop. bye tomato. terima kasih warnakan hidup aku dan maafkan atas salah dan silap aku. :D

nur? dia seorang yang aku tak kenali. kami bertemu hanya kerana keinginan aku untuk mengetahui sakit yang di hadapi tapi hingga ke hari ini tidak aku ketahui. aku sedikit kagum denganya. diukirkan senyuman walaupun dalam perit yang dia rasa. sentiasa menzahirkan kata-kata yang terus membakar semangat ku untuk mengejar cinta Ilahi itu. pertuturan nya dijaga. seringkali aku terasa kerdil apabila berbicara dengannya. aku doakan semoga Tuhan menyembuhkan penyakitnya semoga dia kembali sihat untuk terus menyebarkan 'cahayanya'. sungguhnya aku begitu terharu dia sudi berkawan dengan aku insan yang penuh dengan kekurangan ini. terima kasih terzahir dari hati aku.

hati aku kali ini aku akan jaga dengan sebaiknya. aku tak mahu dan tak ingin lagi mengejar cinta manusia hanya yang aku harapkan cinta dari-Nya kerana cinta manusia itu tidak utuh dan pastinya rapuh. aku tak membenci cinta tapi aku ingin jauhinya. perasaan ataupun cinta yang hadir untuk sesiapa pun nanti hanya akan aku luahkan sekiranya dia telah menjadi milik aku. noktah.

ramadhan ini titik tolaknya perubahan aku dan semoga aku terus kuat dan istiqamah.

jzkk.

aku tak ingin 'follower' yang ramai di laman ini. aku hanya ingin menulis dengan menjaga pertuturan aku mengelakkan zina hati telinga mata dan percakapan.

assalamualaikum.

Chapter einz -- T.A.M.A.T

No comments:

Post a Comment